Thursday, May 9, 2013

Pedulik apa orang nak kata. Kali ni aku nak cakap pasal future. My future. Your future? Our future?

Bismillah...

First of all, I write this thing because... Because I can. Haha. Ok. It might sound a little stewwwpid but who cares. These things I wanna write, are all about what I want in the future. And the next 10 years from now, I'll read back what I wrote and see, have I achieved all the things here or not.

I'll start with my future spouse..... Hikhik. Sebab aku gatal kan, so aku tulis la pasal bakal laki aku. Kalau aku extra gatal, aku tulis pasal bakal laki engko. Haha. No. I'm joking. K, let's start with.... Zahirnya!
Zahirnya tu, luaran dia lah. To be honest, of course I want someone yang handsome. I'm not lying. Kadang-kadang aku suka tengok lelaki handsome. Bukan kadang-kadang lah, selalu. Kalau aku nampak lelaki handsome je mesti aku jeling dua, tiga, doploh kali. Maaflah aku bukan jenis wanita yang pandai jaga mata :( InsyaAllah akan cuba sehabis baik lagi lepas ni.

Bila cakap pasal handsome, kalau aku dapat yang macam Kim Bum, it's a mega bonus for me. Haha. Tapi aku tak minta lah hensem sangat macam tu kan. Nanti aku pula yang payah nak melawan kegilaan wanita-2 yang nak kat suami aku. Aku yang cuak lebih nak biarkan suami aku di luar rumah. Tak pasal-pasal, hanya kerana cemburu aku simbah asid ke muka suami lalu di ceraikan. Nauzubillah. Teruknya cara aku berfikir. Ok lah tu gurau je.

What I really want is, someone yang seronok mata aku melihat. Tak apa lah tak handsome sangat pun. Ada manisnya, cukup lah. Aku bukannya lawa sangat macam Kajol ke, Selena Gomez ke.. Aku biasa je.. Kalau dapat yang handsome tu, bonus lah kan. I want someone yang hidung mancung.. Mata yang redup. Gigi cantik. Senget sikit tak apa. Gigi aku pun senget. Haha. Kalau jongang, pergi pakai braces dulu. See, masalah boleh diselesaikan. Dan aku tak mahu dia seorang perokok. No way aku nak kahwini perokok. It's like marrying the killer to my children and myself okay. No, I dont wanna harm my kids and my life.

Ahhh. Another things I forgot to mention is, I want a tall husband. I mean, taller than me. Because, I'm a super duper tall girl. This is serious. Tak kan lah aku nak kahwin dengan someone shorter than me? Well people said it's okay la bla bla. But no. I won't. It's weird, and I just loooove tall man. Hehe. And! I don't want fat guy please :( Aku rasa kalau dia gemuk, mesti dia seorang yang tak pandai jaga badan, kuat makan dan pemalas. And how he supposes to take care of me? HOW?

Enough with all that physical characteristic. Now, I wanna talk about batin seorang bakal suami. Hahaha. Gosh, it sounds very improper. So, this is gonna be soooo long. First thing first. I want someone yang religious. Pentingkan agama, sayangkan Tuhan dan Rasulnya. Pious senang cerita. Tapi, bila cakap pasal someone yang pious, mesti orang fikir yang dia tu kolot lah, tak cool lah. Hmm. I agree. Memang ada pun yang macam tu. But I want my future husband to be pious, and at the same time, he's a cool man. Kelakar tu yang penting. Bukanlah kelakar sangat macam Johan or Zizan... Kalau dapat yang macam tu mesti mati hati aku ni sebab selalu gelak. Biasa-biasa je lah.. As example, dah buat lawak sengal ke apa semua, dia ingatkan aku supaya tak terus lagha. Solat di awal waktu.. Lepas solat selalu tazkirah kan aku dan anak-anak. Haaa best nya. Haha

Aku nak suami yang bersederhana dalam setiap perkara. Dari segi belanjanya, tak boros. Pemakaiannya tak too complicated and tak pentingkan brands. Tak cerewet kalau boleh. Itu tak kena, ini tak kena. Aku ni dah la jenis tak pandai sabar orangnya. Takut pula I'll end up marah-2 suami.. Hukhuk. Takmo jadi isteri durhaka. Tak cium baru syorga nanti.

Haa, tadi bila bercakap soal religious, I want him to able to read the Quran.. Kalau tajwid nya perfect, it's a bonus. And if it's not, it's okay as long as he'll try to imrpove himself. Aku pun suka baca Quran, with taranum. So, it must be sweet if we can taranum together. Hehe. kalau boleh, memang nak kan bakal suami yang rajin mengaji. Rasulullah bersabda: "Rumah yang tidak membaca Al-Quran itu umpama kubur." I don't want my house to be like graves. No. And a house it's not just a house.. It's home. When people get married pun, di ibaratkan seperti membina masjid. So, pengisian sebuah masjid itu adalah ibadah.. sama la mcm perkahwinan. kahwin bukan takat suka-2 je, tapi ada pengisian. Aku harap bakal suami adalah seorang yg sedar benda ni semua.

To be honest, of course I want someone yang tinggi ilmu agamanya. Tapi, dah pujuk hati ni supaya tak berharap tinggi. Kalau dapat yang tak berapa pandai, tapi selalu cari ilmu, tuntut ilmu, it's gonna be okay. Bila ada masa free, si suami bawa diri ini dan anak-anak menuntut ilmu agama. Sampai lah ke ahir hayat pun, sentiasa nak tuntut ilmu. Seronok bila tengok Ustaz Don mengajar. Kalau boleh, nak yang macam tu lah. Mengajar orang sangat faham, kelakar pulak tu. Haha.

Next, I want a husband yang ringan tulang. Rajin buat kerja-kerja rumah. I'm not asking yang akan buat semua benda.. But at least, will help me. Ingat senang ke nak urus rumah? Aku boleh menyapu, basuh pinggan mangkuk, sidai, lipat kain, buang habuk, vacuum. Tapi encik suami tolong lah buang sawang, buang habuk kipas, yang tinggi-tinggi macam kemas kabinet dapur yang atas tu ke.. Tolong lah. Haha. Tak larat nak buat semua tau. Ha lagi satu.. Gosok baju. Aku tak berapa minat sangat la gosok baju ni. So harap-harap dapat suami yang rajin bergilir-gilir tukar turn untuk gosok baju. Hahaha. Comel je.

I can bebel about my future spouse panjang berjela but I'm pretty sure that I'm not gonna get like what I describe here. Eh boleh kot. Don't underestimate du'a and Allah's power. So, biar je lah aku nak bebel banyak mana pun. Hehe.

Ok now, I wanna talk about my future husband's career. I don't really mind about this. Kerja lah apa pun, asalkan semasa kerja di redhai Allah, dan dapat rezeki yang halalan toyyiban. Dari segi kewangan pula, aku tak minta yang kaya raya banyak harta. Cukuplah sekadar mampu sediakan rumah yang selesa, rumah ada perabot, keperluan harian, ada kenderaan yang selesa dan boleh di bawa jauh berjalan. cukup lah. kalau di takdirkan, aku ada rezeki berkahwin dengan lelaki yang ada banyak harta, aku harap dengan harta dan rezeki sebanyak tu tak buat aku jauh dari Allah. malah sentiasa bersyukur. Dan seandainya bakal suami tak mampu sediakan keperluan, dan aku terpaksa hidup dalam kesusahan, aku harap aku tetap bersyukur, makin dekat dengan Allah dan redha serta sabar dengan apa yang aku dapat. Sebab tu, dapat suami yg pious, warak menjadi pilihan hati. Sebab aku tahu, orang macam tu yang akan buat aku sentiasa dekat dan mencintai Allah setiap masa :)

Aku ada minat lebih kepada lelaki yang into sports. And... Music. Bila cakap pasal sport, kalau encik bakal tu Chelsea fans, Alhamdulillah.. rezeki. Mana-mana pergi pun pakai jersey Chelsea. Haha. Bawak aku jalan-jalan ke Stamford Bridge ke. Waaa best nya! Tapi, kalau kami berbeza minat.. It's still okay. Boleh la gaduh-2 manja everytime ada match. Haha. Boleh betukar idea dan kritik sesama teams. Mana-mana pun tak kisah. Yang penting, dia minat bola sepak lah. I can't imagine if I end up with someone yang tak minat bola. It must be super weird. Dengan siapa aku nak tengok bola kat kedai mamak? Dengan siapa aku nak pergi stadium tengok match? No way. Aku perlukan lelaki yang minat bola. Hahaha.

About music pulak.... Haihh. Future husband.. Awak kena tahu yang saya sangat suka menyanyi. Dan saya selalu cair dengan orang yang pandai main instrument. Especially gitar and piano. *lempang diri sendiri* Musicians adalah sangat charming. And I used to be in that world.. I used to sing on stage. Selalu bayangkan diri ini menjadi seorang penghibur di atas pentas. Music was my life, my everything. Until Allah gave His hidayah to me. Aku dah kurang involve dalam music. Memang dah tak nyanyi kat public. Kat rumah n pusat karaoke je lah tempat tuju nak lepas gian. Harapnya bakal suami boleh terima keadaan diri ini yang amat sukakan microphone. Haha. Dapat suami yang bersuara lunak lagi lah bonus! Kihkih.

Hmm. Apa lagi nak bebel eh? Oh ya... I want a responsible husband. Tahu tanggungjawab sebagai suami.. Nafkah perlu dipenuhi. Dan seorang yang cintakan kanak-kanak. Nothing can touch my heart more than a guy who loves kids and elderly people. Rasa boleh jatuh cinta terus kalau nampak lelaki macam tu.. Hmm. Ok, next! I want a husband who does the groceries and pergi market beli ikan, sayur. Hahaha. Kau ingat senang nak dapat lelaki macam tu? Kalau dapat yang tak pernah pergi pasar pun tak apa, asalkan mahu belajar. Temankan diri ini menyopping ikan, ayam, daging, sayuran. Bukan only drive the car, drop me down, aku yang masuk market, dia dok dalam kereta dengar radio, tweet pasal bola or politic. Lulz.

Dari segi peribadinya, aku dah mentioned kat atas... Kalau boleh nak kan seorang yang cool and kelakar and pious at the same time. Haha. Yang lain-2 tu, aku nak dia soft spoken.. Mulut tak laser. Tak perli-perli. Sebab aku tak tahan dengan benda tu semua. Aku seorang yang susah sangat nak terasa. Kalau orang perli, memang tak masuk dalam hati lansung.. But once bila dah terasa, memang 10 tahun pun tak tentu lagi aku terima orang tu. Hmm. Aku pun jenis gurau kasar kadang-kadang. So, tak nak la dapat yang macam aku. Nanti gaduh :( Tak suka gaduh... Eh tapi aku senang je maafkan orang. Eh eh entah lah. Aku memang tak nak yang jenis macam kat atas tu.

Berkaitan hobi, aku harap aku tak dapat suami yang ada hobi mengumpul setem. Nanti aku bakar album setem dia. Hahaha lulz. I don't have a specific hobby. I love to sing, and I can sing all the time. I love watching movies, and please, future husband must bring me to the cinema frequently. Haha. I love karaoke-ing, I love to draw.. Benda-2 simple macam tu. Aku simple orang nya ^.^ So, aku harap aku dapat suami yang boleh fit in dengan hobbies aku lah. Tak nak la dia ada hobby pelik-2. Eh future husband, if you read this right now, saya tak halang awak nak ada hobi pelik. Kalau boleh, tak payah lah. Hahaha. Peace.

Rasa nya itu je lah kot. Hmm. Aku nak sambung pasal myself, what I'll do, what's my plan for my future tapi malas lah. Haa tengok. Acane lah nak berjaya. Kalau tak merancang, maksudnya kita merancang untuk gagal. Aku dah rancang dah, cuma belum nak tulis je ok? Hihi. Sekian saja dari saya. Jaga hati, hiasi peribadi, bimbing jiwa dekati Rabbi. Salam Alaik :)

No comments:

Post a Comment